Thursday 3 March 2011

Pengertian Dadah

Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah/drug. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).
Oleh sebab perkataan 'drug' dipinjam daripada bahasa Inggeris, perkataan ini membawa banyak maksud. Perkataan 'drug' lebih banyak digunakan dalam bidang farmasi dan perubatan (iaitu ubat), manakala perkataan 'dadah' membawa imej yang lebih negatif iaitu ketagihan.

Dadah daripada segi agama

Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman ini bersandarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-Hadis) kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu memabukkan atau terdapat dan membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat. Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan……” (Surah Al-Baqarah : 195)

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al – Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Mahkluf dalam kitabnya, “Fatwa Al – Syari’iyah (muka surat 184) bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan.

Berdasarkan kepada ayat-ayat Al – Quran dan Hadis para ulama menjelaskan bahawa penyalahgunaan dadah hukumnya haram. Pengharaman ke atas dadah meliputi semua kegiatan yang berkaitan dengan seperti yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah s.w.a. pernah melaknat tentang khamar.

“Rasulullah s.a.w melaknat tentang khamar, sepuluh golongan, (1) pembuatnya, (2) pengedarnya, (3) peminumnya, (4) pembawanya, (5) pengirimnya, (6) penuanganya, (7) penjualnya, (8) pemakan wang hasilnya, (9) pembelinya, (10) pemesannya.”

Wednesday 2 March 2011

Faktor Penyalahgunaan dan Penagihan Dadah




Persekitaran atau asuhan? Tiada siapa yang mahu ketagih dadah. Penagih bukannya sengaja menagih dadah semata-mata untuk memusnahkan kehidupan sendiri dan menyakitkan hati orang yang menyayangi mereka. Malangnya masyarakat sering memandang serong terhadap mereka, dan berpendapat mereka yang patut disalahkan kerana ketagihan mereka itu, walhal mereka boleh berhenti jika mereka benar-benar mahu.

Masyarakat pada umumnya menanam perasaan bimbang dalam diri mereka terhadap perkataan 'penagih' dan apabila menghadapi golongan penagih, orang ramai lebih suka 'buat-buat tak nampak' dan menuju ke arah lain.

Berbeza daripada pandangan tersebut, ketagihan kepada bahan seperti dadah, alkohol atau nikotin (dari tembakau) bukan berpunca daripada keazaman yang lemah atau akhlak yang kurang baik. Ahli sains telah mengkaji individu yang menagih dadah dan mendapati bahawa fungsi otak mereka terjejas akibat dadah yang diambil.

Jenis-Jenis Dadah


HEROIN
Definisi:
Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.
Jenis/Bentuk:
Bes Heroin, Heroin No.3, Heroin No.4, Brown Heroin, Heroin Black Tar
Nama Lain:
Big H , Dope , Smack , TNT
Cara Penggunaan:
Menguntik, Menghidu
Ciri-ciri penagih:
Mata dan hidung berair, mengantuk, mudah marah, pertuturan tidak jelas, cemas, takut dan sugul.

MORFIN
Definisi:
Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.
Morfin mentah: didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda '999'. Mengandungi 70%–90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin: diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60%–70%. Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi.
Pil Morfin: Mengandungi Morfin Sulffat. Berwarna putih atau coklat pucat.
Jenis/Bentuk:
Morfin Mentah, Bes Morfin, Pil Morfin
Nama lain:
M.Tab, White Sulfat, Monkey, Dreamer, Morphan
Cara Penggunaan:
Menyuntik, menelan
Ciri-ciri penagih:
Hilang selera makan, tindak balas lambat, kecacatan keseimbangan, pertuturan tidak jelas, sembelit, halusinasi, mengantuk, cemas

CANDU
Definisi:
Dihasilkan daripada buah popi muda.
Candu mentah: getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda.Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah.
Candu masak: candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat. Berwarna coklat hitam.
Tahi candu: sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .
Jenis /Bentuk:
Candu mentah, candu masak , tahi candu
Nama lain:
Shollboy, Black Stuff, Opium, Mandat, Pen Yeh, “O”, Tar
Cara penggunaan:
Menyuntik , menelan
Ciri-ciri penagih
Pernafasan perlahan, rasa pening dan keliru, mual dan muntah-muntah, cirit-birit, hilang selera makan, sunggul
Nama lain:
Shollboy, Black Stuff, Opium, Mandat, Pen Yeh, “O”, Tar
Cara penggunaan:
Menyuntik, menelan
Ciri-ciri penagih:
Pernafasan perlahan, rasa pening, mual dan muntah-muntah, cirit-birit, hilang selera makan, sugul

GANJA
Definisi:
Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp. Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC (Delta-9 tetra hydrocannabinol) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan. Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu. Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan.
Jenis/Bentuk:
Seperti daun kering dan dimampat

Nama lain:
Grass, pot, Marijuana, weed
Cara penggunaan:
menghisap
Ciri-ciri penagih:
Sering mengantuk/mata merah, kegembiraan & terlalu cergas/ketawa, mudah marah dan resah, cemas/takut/hilang pedoman, kuat cakap dan kuat makan, kecacatan perimbangan, yuforia dan sugul

SYABU
Definisi:
Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Dalam aspek perubatan, syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan. Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal, diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit.
Jenis/Bentuk:
Kaca/kristal, pecah, serbuk halus spt tawas

Nama lain:
Ice
Cara penggunaan:
Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu
Ciri-ciri penagih:
Yakin pada diri sendiri, bertenaga & cergas, boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur, tingkah laku agresif, tindak balas terlalu cepat, mata dan hidung berair, mual dan muntah-muntah, hilang selera makan

Kesan-Kesan Penagihan Dadah

Kesan dadah dapat dilihat dari 4 sudut iaitu:-

* akibat keatas penagih
* akibat keatas keluarga penagih
* akibat keatas masyarakat
* akibat keatas negara

Akibat Ke Atas Penagih
Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga ,malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.

Akibat Ke Atas Keluarga Penagih
Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat . Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahandanpeceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.

Akibat Ke Atas Masyarakat
Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih –penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan , ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara .Perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.

Akibat Ke Atas Negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).Kos nyata termasuklah:-
* Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi
* Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah
* Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan
* Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan
* Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan sebagainya .
* Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan , kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur diantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa .